Foreword

Assalamu'alaikum. Welcome to this plain, mediocrely designed hut of mine. I love to write, and this is where I write. Things that I write, there might be mistakes in them. I seek refuge in Allah swt for me and you from the harm my writing may bring. Any good from it, may He swt reward me for that and spread the good to others. Any words that appear displeasing to you, don't take it to heart for I don't intend to hurt anyone in any way. Any advices I put forward, may Allah swt give me the taufiq to first act upon them, for they might testify against me in the hereafter. Jazakallah Khair.

Sunday, March 6, 2011

Turkish Society Center

Alhamdulillah..masalah tiket balik Malaysia akhirnya selesai jugak. Terima kasih kepada kakak HSBC yang ramah dan berdedikasi. Nasib baik kali ni tak bergayut dekat setengah jam macam haritu. Memandangkan aku balik lambat sikit kali ni (kerana kerajinan untuk mengambil kelas di waktu Summer), harga tiketnya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan yang tahun lepas. Tapi takpe, family tercinta punya pasal, sanggupkan jugak beli. Lagipun tahun depan dah tahun akhir aku kat sini, jadi kelas-kelas wajib tu kena setelkan secepat mungkinlah. Final year nanti boleh la rilek sikit kot.

***************

Satu jema'ah dari Lackawanna dan Buffalo sedang khuruj 3 hari di ICR. Ada 6 orang dalam jema'ah yang semuanya..masyaallah boleh dikatakan 'otai'. Tiga daripada mereka adalah orang Arab, daripada Yaman rasanya. Semalam lepas 'Asar..aku, Br. Kamran, Br. Gungor (Turkish brother), dan dua orang Arab brothers daripada jema'ah pergi ke Turkish Society Center yang terletak lebih kurang 15-20 minit daripada ICR seperti diputus mesyuarat. Dua orang Arab brothers tu datang dari Lackawanna, sebuah masjid majoriti orang Yaman dekat-dekat dengan Buffalo. Seorang daripadanya ialah president masjid Lackawana sendiri iaitu Br. 'Ali manakala yang seorang lagi tu bilal masjid kalau tak silap. Takde orang pun sewaktu kami sampai dan Imam sampai agak lewat untuk Maghrib. Tapi alhamdulillah beberapa local brothers menyusul tak lama lepas tu. Sementara kami di sini, satu jema'ah lagi di hantar jaulah ke tempat lain dari ICR.

Sejurus sebelum solat Maghrib..sementara tunggu imam tu, Br. 'Ali dan Br. Gungor diutus ke Coffee House (dalam bangunan yang sama) untuk ajak orang-orang kat situ solat Maghrib sekali. Menurut karkuzarinya, sewaktu diorang masuk ke Coffee House berkenaan orang-orang di dalam sibuk bermain kad sambil "minum."
Ada lebih 20 Turkish brothers kat dalam. Br. 'Ali minta mereka masa untuk cakap 2-3 minit..subhanallah..mereka berhenti main kad dan sedia mendengar apa yang nak dicakapkan. Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka bangun dan berkata, "Apa yang kamu nak cakapkan?" Br. 'Ali menjawab; "Apa yang Rasulullah saw telah sampaikan kepada kita." Br. 'Ali mengajak mereka untuk solat Maghrib bersama. Lelaki itu membalas; "Sini bukan tempat keagamaan. Takde ceramah-ceramah. Sila pergi dari sini, kami tak nak dengar." Mendengar jawapan yang kurang menyenangkan tu, Br. Gungor cuba membantu tapi tetap tidak berhasil. Maka diorang berdua terpaksa beredar dengan "Jazakallah khair" sebagai penutup bicara. Selepas solat Maghrib, Br. 'Ali bagi bayan sikit..pastu kitorang duduk mesyuarat sekali dengan imam..membincangkan hal ehwal kawasan tu. Br. 'Ali tekankan betapa pentingnya untuk buat usaha atas mereka-mereka di luar tu. Sekurang-kurangnya perlu ikhtiarkan sesuatu supaya kita terlepas daripada dakwaan di akhirat kelak. Terima atau tidak, itu terpulang kepada Allah yang menentukan. Semoga Allah memberi taufiq kepada kita dan mereka..ameen.

Peristiwa yang lebih kurang sama berlaku sewaktu aku keluar di Syracuse. Masa tu aku, Br. Intikhab, dan seorang brother tempatan keluar jaulah sekitar perumahan orang Bosnia. Kami bagi salam kat satu kumpulan brother ni, mereka jawab salam kami, tapi..mereka sedang main kad dan "minum." Kitorang tanya boleh luangkan masa sikit tak..diorang jawab; "Sorry bang..masa tak sesuai lah, kitorang tengah "minum" ni." Lahaula wala quwwata illa billah. Mereka tahu apa yang mereka buat tu salah di sisi agama, tapi di mata mereka ini adalah seolah-olah perkara kecil. Sedih. Kita sepatutnya menangis mengenangkan mereka. Mereka juga muslim seperti kita, tapi mereka jauh daripada agama..jauh daripada rahmat Allah swt. Sedar atau tidak, di seluruh dunia..saudara-saudara seIslam kita berlumba-lumba lari daripada agama..berlumba-lumba menuju Jahannam. Siapa yang akan menyelamatkan mereka? Siapa yang akan datang kepada mereka dan beritahu dengan rasa hormat dan kasih sayang; "Wahai saudaraku, kamu ada kalimah yang berharga dalam dada kamu iaitu lailahaillallah muhammadurrasullah. Seorang muslim itu darjatnya tinggi di sisi Allah dan sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya." Hari ini jika rumah jiran kita terbakar, kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu padamkan api. Tapi ini api Jahannam yang kita perkatakan..yang berpuluh kali lebih panas daripada api dunia.

Umat Islam perlu bergerak untuk usaha ini.
Bergerak dan lihat keadaan orang-orang Islam hari ini..jika tidak, kita tidak akan dapat merasa fikir risau Nabi untuk umat ini..fikir risau yang Baginda bawa hingga ke akhir hayat Baginda saw. Teringat seorang brother ni cakap; "Sesungguhnya orang-orang bukan Islam bukan nak dengar ceramah yang hebat-hebat daripada kita tentang Islam, tapi mereka mahu lihat umat Islam bergerak..bergerak dengan membawa agama..dari situ mereka akan nampak indahyna Islam." Bagaimana mungkin mereka boleh mencari Islam melalui kita jika Islam itu sendiri telah hilang daripada hidup orang-orang Islam...

Kitorang balik ke ICR selepas solat Isyak, dalam pukul 8 malam lebih kurang. Br. Kamran turunkan aku kat ICR manakala dia terpaksa bergegas ke tempat lain..ada jemputan dinner katanya. Lupa nak cerita pasal Br. Kamran. Br. Kamran ni ialah seorang hafiz Quran..merangkap seorang software engineer dari Pakistan. Dia selesaikan Master's degree di Jerman sebelum datang bekerja di sebuah syarikat di Rochester ni..impressive kan? Dalam perjalanan dia order dua extra-large pizza..memandangkan jema'ah ada jemput beberapa budak malaysia lain untuk makan sekali lepas Isyak. Tapi dalam ramai-ramai tu hanya Izani yang dapat datang. Jadi kami empat orang Malaysians makan malam bersama jema'ah malam tu sambil sembang-sembang. Alhamdulillah..Izani ada niat untuk keluar jema'ah dalam waktu terdekat ni. Kawan-kawan aku dua orang tu pun ada niat keluar 40 hari di Malaysia cuti Summer ni, doa-doakan la supaya diterima.


P/S: Jaulah petang ni insyaallah..semangat2! Tulang belakang bagi agama adalah dakwah, tulang belakang bagi dakwah adalah jaulah/ziarah/gash/visitation..dan yang sewaktu dengannya..=)