Foreword

Assalamu'alaikum. Welcome to this plain, mediocrely designed hut of mine. I love to write, and this is where I write. Things that I write, there might be mistakes in them. I seek refuge in Allah swt for me and you from the harm my writing may bring. Any good from it, may He swt reward me for that and spread the good to others. Any words that appear displeasing to you, don't take it to heart for I don't intend to hurt anyone in any way. Any advices I put forward, may Allah swt give me the taufiq to first act upon them, for they might testify against me in the hereafter. Jazakallah Khair.
Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

hadiah

Petang tadi Br. Intikhab datang. Terkejut jugak tiba-tiba dia telefon cakap nak singgah rumah dari balik kerja. Kitorang kat rumah tengah tengok bola dengan khusyuknya di TV skrin besar. Apa lagi..kemas2 lah apa yang patut kan. Maklumlah rumah orang lelaki bujang, rumah dah la kecik duduk ramai2 pulak tu (alasan!). Tiba2 terngiang kata2 ibu tercinta ditelinga; "Kamu ni suka letak barang merata, dompet, henset semua nak kena cari..ni nanti dah kahwin takkan bini nak kena cari?" "Ala..nanti kitorang cari sama-sama lah.." Nak jawab macam tu, tapi kupendamkan..haha. Ibu dan nasihat-nasihat nya..rindu lah! Balik ni azam nak berkhidmat untuk ayah dan ibu..hehe.

Oh kat mana tadi? Jadi, perlawanan antara Real Madrid dan Bayern Munich terpaksa diberhentikan sebentar apabila loceng berbunyi. Dipendekkan cerita, Br. Intikhab datang sebab nak bagi kitorang jubah2 yang dia kirim dari Toronto sebagai hadiah. Minggu lepas Br. Syish pergi Toronto nak renew passport dia, jadi dia kirimlah beli jubah dekat sebuah kedai ni kat sana. Saya dapat kaler hijau, Mael dapat putih, Wae dapat hitam..siap ada matching kopiah lagi. Seronok nampaknya Br. Intikhab tu bila dapat bagi kitorang hadiah. Kitorang pun seronok la dapat hadiah kan. Lepas ni nak kena rajin2 pakai jubah la nampaknya. Ni kira hadiah perpisahan la kot sebab kitorang pun nak balik Malaysia dah insyaAllah dlm sebulan dua. Kitorang dah anggap dia macam keluarga sendiri kat sini. Dia pun dah anggap kitorang macam anak-anak dia dah. Dia tau kitorang ni duduk jauh dari keluarga, jadi macam2 lah dia buat kadang2 tu sebab nak hiburkan hati kitorang. Lagu Negaraku pun dia dah hafal dan selalu nyanyi kat kitorang. Tapi dia punya melody off sikitlah..haha. Hm..mesti dia sedih sebab kitorang nak balik ni. Dia memang dah bagitau siap2 dia akan nangis nanti..huhu. Takpe, insyaAllah boleh tetap berhubung melalui Skype kan. Br. Intikhab siap mintak nak tengok kitorang kawin live dekat Skype lagi..macam mana tu?

Hari Jumaat ni satu jema'ah Arab dari Lackawanna akan khuruj di Masjid Ar Rahman di Bay St. Rochester insyaAllah. Ingat lagi masjid yang asal nya church tu, tapi dah dibeli dan dijadikan masjid oleh komuniti Yaman kat situ. Kalau tengok masjid tu luar dalam sebijik macam church. Kuasa Allah kan. Allah boleh tukar semua church kat dunia ni jadi masjid kalau Dia berkehendak. Tapi Allah nak muliakan kita dengan bagi kita peluang untuk tunjukkan usaha kita dulu. Dan kemudian Allah sendiri yang kan beri ganjaran kepada orang-orang yang berusaha untuk menegakkan agama-Nya. Allah tak perlukan kita untuk buat apa-apa..sikit pun tidak. Semoga kita tergolong di kalangan orang2 yang dipilih Allah untuk membantu agama-Nya. Ameen. ^^,

P/s: Exam Advance Immune tadi macam tak boleh jawab. Sedihnya. Dah la Real Madrid kalah..huhu.

Wednesday, March 21, 2012

seratus


Si cantik manis dah dapat adik! Hanis dah jadi kakak sekarang. Kakak kenalah jaga adik kan. ^^

P/s: Tiba-tiba rasa ingin dikerumuni oleh kanak-kanak. Haha. ^^"

jambatan pulau pinang?


Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari perubahan fasa kehidupan. Dan setiap perubahan fasa ini biasanya datang dengan tanggungjawab dan ekspektasi yang baru untuk dipenuhi. Sebagai contoh, saya mungkin akan meninggalkan fasa seorang pelajar tak lama lagi dan berpindah ke alam pekerjaan (tua dah). Kehidupan kita di detik ini bukanlah semata-mata untuk memikirkan bagaimana untuk menghadapi masa depan. Sebaliknya, detik ini juga perlu dihadapi dan digunakan dengan sebaiknya, kerana mungkin masa depan yang diharapkan itu tidak akan kunjung tiba. Tapi tak dinafikan, saya juga telah siap sedia dengan pelbagai perancangan di minda. Mungkin perkara yang paling menakutkan tentang masa depan adalah ketidakpastian. Tapi dari satu sudut, ketidakpastian inilah yang menambahkan perisa dan rencah kehidupan. Bagi kita umat Islam yang beriman dengan Lailahaillallah, ketidakpastian ini sepatutnya bukanlah satu masalah besar..kerana kita (sepatutnya) meyakini bahawa Allah swt telah menetapkan qada' dan qadar-Nya. Segala yang akan berlaku sudah digariskan di Lauh Mahfuz 50,000 tahun sebelum alam tercipta. Betapa telitinya ketetapan Allah swt sehinggakan tahap kepandaian atau ketidakpandaian seseorang pun telah dituliskan. Oleh itu, apa sahaja yang bakal dihadapi kelak, baik atau buruk, diyakini akan ada hikmahnya dengan syarat usaha yang terbaik dari si hamba telah dipersembahkan. Mungkin kita (saya) memahami perkara ini, tetapi untuk meyakini bahawa rezeki, jodoh telah ditetapkan bukanlah mudah.

Bak kata seseorang;

"Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu dicari, bukannya jatuh ke riba."

Kebanyakan yang kita (saya) risaukan dan kejarkan di dunia ini sekarang adalah merupakan perkara-perkara yang telah pun ditetapkan oleh Allah swt. Satu perkara yang tidak ditetapkan tetapi jarang-jarang dirisau dan dikejarkan: hidayah. Hidayah itu bukan cuma untuk orang yang belum beriman. Orang yang (kononnya) sudah beriman juga perlukan hidayah, bahkan mungkin lebih lagi. Hidayah yang dimaksudkan adalah hidayah untuk memperbetul dan memperbaiki iman. Kerana takut-takut iman yang kita miliki sekarang ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Allah swt. Maka alangkah ruginya jika 'amalan yang menggunung tinggi (kalau ada lah) itu nanti ditolak kerana iman yang rosak. Na'uzubillah. Perjalanan kita masih panjang, bukan di sini, tapi selepas "di sini." Barzakh, Mahsyar, Sirat, Mizan adalah merupakan fasa-fasa yang kita akan tempuhi, dan fasa-fasa ini bukanlah pendek seperti fasa yang kita lalui di sini. Barzakh bukanlah seperti tidur di malam hari menunggu hari esok. Mahsyar bukanlah seperti berbaris menunggu nombor giliran di hospital. Sirat bukanlah seperti melintasi jambatan Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan, dan Mizan bukanlah seperti menghadapi debaran keputusan SPM. Justeru itu, saya menyeru diri sendiri dan sahabat2 sekalian untuk memanjangkan perancangan yang kita usahakan, daripada 20-30 tahun akan datang kepada 500 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita ketika itu ditentukan dengan perancangan hari ini. Wallahua'lam.

P/s: Wah..rasa macam sebuah pencapaian menulis dalam Bahasa Ibunda. ^^

Friday, December 16, 2011

khuruj lagi dan lagi

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)

Keluar di jalan Allah..belajar korbankan diri, harta, dan masa untuk agama Allah tercinta. Merasa cebisan2 khazanah yang ditinggalkan Rasulullah dan para sahabat ajma'in. Menghidupkan kembali sunnah2 yang telah lama ditinggali. Jalan ini mengajar kita penat untuk agama, berpeluh dan sakit untuk agama, resah gelisah untuk agama, juga menangis untuk agama. Bukankah sesuatu yang diperoleh dengan susah payah itu selalunya lebih dihargai? Dan tentunya tiada yang lebih berharga berbanding nikmat Iman dan Islam. Agar dengan susah payah yang sedikit ini, dapat kami rasai nikmatnya sujud di hadapan-Mu..yang sekian hari semakin menjauh. Supaya dapat kami rasa pedih di hati ini bila agama-Mu tidak lagi dipeduli. Kami keluar dengan niat belajar. Kami lemah, kami takut, kami jahil..tapi tetap perlu kami teruskan perjuangan ini, selagi adanya izin dari-Mu. Kerana inilah harta yang ditinggalkan Rasul tercinta untuk kami memperbetul dan memperbaiki iman kami. Kurniakanlah kami kekuatan, keberanian, dan ilmu dari khazanah-Mu yang maha luas..agar cukup bekalan kami untuk terus berada di jalan ini.

p/s: Akan keluar 2 minggu mulai esok insyaAllah..seminggu sebelum dan selepas ijtima'
Boston. Minta doa dari semua ye..=)

Monday, December 5, 2011

usaha dakwah & tabligh

Ustaz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah 2003.

Asas-asas Usaha Dakwah dan Tabligh

1. Usaha melalui individu atau usaha berjemaah dan bukan usaha ijtima' besar-besaran (organisasi, persatuan etc.) Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah. Kebiasaannya dalam sebuah persatuan, hanya yang mempunyai jawatan biasanya melakukan kerja manakala ahli-ahli lain hanya mengikut tanpa memainkan peranan tertentu.

2. Usaha melalui hati dan bukan pemikiran. Sejauh mana hati kita menangis, sejauh mana hati kita risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati, bukan bagaimana pemikiran kita bekerja, atau bagaimana pemikiran kita membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiran falsafah yang tinggi untuk mendapatkan idea.

3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Asas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kaki kita bergerak, sejauh mana kita bergerak melalui kaki-kaki kita. Sebab kita mesti pergi kepada khalayak ramai. Mereka yang sudah datang ke masjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka yang belum datang ke masjid belum mencintai agama. Oleh kerana itu maksud dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jemaah yang sudah datang ke masjid kita beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan terjun ke bawah, kita pergi dari manusia ke manusia, dari rumah ke rumah, maksudnya sejauh mana kita bergerak dengan kaki-kaki kita, kerana kerja ini bukanlah kerja 'sasterawan'. Kita harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang dapat menerima fikir iman dan amal.

4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika kita hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah kita mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk menghafal? Tentu tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Kerana itu tasykil (ajakan) kita adalah orangnya bukan wangnya atau hartanya. Apabila kita hendak mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami perlukan diri tuan dan bukan wang tuan".

5. Dengan tawadhu dan bukan aninah. Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apa. Saya ini kecil. Kita mesti merendah diri. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan buahnya maka ia menunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka harus direndahkan. Demikian pula apabila kamu mahu menundukkan hati maka kamu akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak kamu akan mengalami berbagai kesulitan.

6. Dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Kita mesti berdamai dengan semua orang baru kita akan dapat buat usaha.

7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf. Asas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbezaan. Kita berusaha menjauhi sebarang perbezaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa kepada persatuan. Jika kita hendak menyatukan umat, maka seboleh mungkin jauhkan hal-hal yang membawa kepada perpecahan.

8. Usaha melalui mesyuarah dan bukan melalui dictatorship. Mesyuarah adalah mengambil syor (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na waato'na. Keputusan dibuat oleh amir, bukan berdasarkan undian majoriti. Seorang diktator tidak memerlukan mesyuarah, tidak memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang berkaitan ummat, maka mesyuarah adalah sangat penting. Mesyuarah itu perintah Allah dan sunnah Rasulullah.

9. Amru bil ma'ruf dan bukan nahi 'anil munkar. Asas usaha dakwah kita adalah yad'una ilakhair, menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha dakwah kita ialah mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke masjid, mari duduk ta'lim, mari hadir dalam mesyuarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan buah-buahan.

10. Usul dan bukan Furu. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang-cabangnya.

11. Qulyah dan bukan Juz'iyah. Hal-hal yang bersifat universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi berhati-hati kerana diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada solat dapat diterima oleh semua orang, tetapi perbahasan solat secara detail terdapat masalah masail.

12. Ijmal dan bukan Tafshil. Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir ertinya huraian-huraian secara panjang lebar, penjelasan, perbahasan secara mendalam. Usaha dakwah adalah declaration (keterangan atau maklumat), kerana itu mesti pendek, tepat dan ringkas.

13. Tamsir bukan Tanfir. Tamsir ertinya khabar gembira dan bukan tanfir ertinya khabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini kita sampaikan khabar gembira. Memberitahu keutamaan-keutamaan, pahala-pahala, fadhilat-fadhilat, menyampaikan perkara-perkara yang manis, supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.

14. Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar ertinya propaganda dengan publisiti untuk mempamerkan kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini telah berjalan 1000km pun tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas. Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemahsyhuran.

15. Akhirat dan bukan Dunia. Setiap orang berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, sebaliknya, semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, sebaliknya, Da'i berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.

Wallahu a'lam.

Sumber: karkuzaridakwahiman.blogspot.com

Wednesday, November 16, 2011

Cinta?

Tersebutlah sebuah kisah..
Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya..”Aku CINTA pada mu”

“Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu..”

“I Luv U..I really really love you”
…Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur..
..Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja…
Apabila tiba waktu siang..
Lain pula ceritanya..
~Cara isterinya tak betul..
“Cara awak masak ni tak betul, sebab tu tak sedap…Awak patut belajar dengan mak saya!”
~Penampilan isterinya memalukan..
“Fesyen baju awak ni tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya“
~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya..
“Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan”
Dan apabila tiba waktu malam…
Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya
dan begitulah yg terjadi setiap hari..
bertahun-tahun lamanya..
sampai isterinya mati..
….
Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi..
bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita,
dengan setulus hatinya
sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..??
Sedangkan di siang hari,
kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya???
….
Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini,
Kita selalu dengar orang kata…
“Ya Rasulullah, aku cinta padamu..”
“Ya Rasulullah, aku sayang padamu..”
“Allahumma Solli A’la Muhammad”
“Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw”
Tetapi dalam masa yg sama,
Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,
“Apalah dia pakai jubah pergi Tesco..”"
Rimas aku tengok janggut dia”"
Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!”
Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,
“makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa”
“nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la”"
gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?”
Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..
“orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2″”
anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak”
“sepupu bawak pakwe balik kampung?…biarlah…dia dah besar..pandailah fikir sendiri”
“mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua”
Kalau beginilah sikap kita..
Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti…
Nak tak Baginda saw percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?
Nak tak Baginda saw mengaku yang kita ni umatnya?
Tepuk dada, mari tanya diri sendiri..
~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?
bak kata omputih..”Action speaks louder than words”
Rasulullah saw bersabda:”Barangsiapa yang mencintai sunnahku, dia mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga“ (Maksud Hadis)

Reblogged from: AnakkuSoleh.com

PS: InsyaAllah..Belajar2 cintakan sunnah Baginda, semoga kita bertemu cinta Baginda. =)

PPS: Sekarang semua orang tgh sibuk dgn final exams. Sy ade lab report yg perlu disiapkan. -_-") *Yg dah habis exam pegi main jauh2!*

Sunday, September 25, 2011

khabar dari Syracuse

Baru balik dari khuruj ke Syracuse. Risau jugak sebab dah lama sangat menyejuk kat Malaysia kan. Tapi alhamdulillah Allah masih sudi gunakan hamba-Nya yang lemah ini untuk agama-Nya yang mulia. Sedikit karkuzari daripada Syracuse. Imam Yassir dari Mesir dan pihak pengurusan rata2 mengalu2kan kedatangan jemaah. Ada seorang karkun lama yang baru pindah dari LA. Selain tu, kami jumpa Br. Hisyam, bekas pelajar RIT sekarang tinggal di Syracuse. Dia ada niat untuk keluar kalau ada peluang. InsyaAllah ini petanda baik bahawa usaha dakwah di masjid Syracuse akan berkembang. Mana tau kan..mungkin tak lama lagi ICR akan terima jemaah dari sana.

Masjid Syracuse, NY

Dua pelajar Somalia tempatan bawa Br. Nasir, saya, dan Ahmed jaulah ke kawasan perumahan Somalia tak jauh dari masjid. Alhamdulillah..kami dapat jumpa budak2 muda dalam lingkungan umur 17-20 tahun. Kalau dilihat keadaan mereka, sepatutnya kita rasa sedih. Mereka telah hilang identiti sebagai muslim..sudah terikut2 dengan gaya hidup barat yang merosakkan. Subhanallah..mereka ada nama2 yang bagus seperti "Ahmad." "Husin." "Ali.." tapi mereka hampir tidak boleh lagi mengucapkan kalimah. Br. Nasir ajar diorang mengucap kalimah semula..dan lepas tu kami mengucap bersama-sama beberapa kali. Kalau anda berada di situ, mungkin hati2 anda akan cukup tersentuh untuk menangis. Bila ditanya pula "Siapa nabi kita?" dengan tidak yakin mereka menjawab "Muhammad ke?" Jauh di sudut hati mereka masih ada sinar Iman..walaupun malap. Ini hanyalah salah satu contoh betapa saudara2 seIslam kita memerlukan kita. Siapa tahu berapa ramai lagi di luar sana, di ceruk2 dunia yang api keimanan mereka sudah semakin malap, hanya menunggu padam. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk datang membantu selain dari saudara2 seIslam mereka? Saya tidak mahu bercerita panjang..tepuk dada tanyalah iman. "Tidak sempurna iman seorang muslim sehingga dia suka untuk diri saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." Wallahua'lam.

Sunday, September 18, 2011

munafikkah aku?

Terasa diri ini sangat lemah..bukan pada badan tapi pada hati dan rohani, pada iman. Inilah kesan berjauhan dari suasana agama. Iman itu tiada jaminan, iman itu tidak tetap. Tidak seperti iman para Anbia' yang sentiasa meningkat, tidak juga seperti iman malaikat yang tidak naik dan turun. Tidak seperti iman para sahabat ajma'in yang menggunung teguh. Inilah iman seorang umat akhir zaman, senipis dan serapuh kulit bawang. Iman yang dicelup dalam noda dan kerosakan dunia. Iman itu bertindakbalas dengan suasana. Bila iman diletakkan dalam suasana yang betul, iman akan subur..tapi bila iman diletakkan di tempat sebaliknya, iman boleh layu..rosak. Sedangkan hazrat Hanzalah ra mengatakan dirinya munafik, bila resah gelisahnya di hadapan Rasulullah bertukar gelak tawa di rumah. Dan Abu Bakar ra sendiri mengiyakan keraguan Hanzalah ra, meragui iman mereka. Langsung mereka bertemu kekasih mereka Rasulullah untuk mendapatkan jawapan.

Baginda SAW bersabda, "Demi zat dan jiwa dalam genggamanNya, sekiranya setiap waktu keadaan kamu sama seperti ketika berada di hadapanku maka para malaikat akan bersalaman dengan kamu walaupun di atas hamparan tidur dan sewaktu dalam perjalanan. Walaubagaimanapun, wahai Hanzalah, keadaan itu jarang-jarang berlaku." (Ihya' 'Ulumuddin & Muslim)

Dan siapalah kita dibanding mereka? Dapatkah kita merasa syurga dan neraka terpampang di hadapan mata? Mampukah kita berkata "Aku telah berpaling daripada dunia."? Tetapi masih lagi kita yakin dengan iman kita. Yakin bahawa iman ini sudah cukup ampuh untuk melayakkan kita ke syurga. Yakin bahawa dengan iman ini kita mampu goyang kaki di 'sana'. Kita umat terpilih. Sedang para Nabi mengharap untuk menjadi sebahagian umat bertuah ini, kita di sini tanpa meminta-minta. Inilah umat yang didahulukan syurga daripada yang lain, umat yang dibalas berganda untuk 'amal yang sedikit. Tapi lihatlah kini, lihat dengan bersungguh2, adakah masih kelihatan 'tuah' itu di kalangan kita. Kerosakan umat sudah terlalu hebat di akhir zaman ini. Ramai yang telah hanyut dibawa arus. Ramai juga yang terkial-kial berpaut pada akar2 kayu. Sebahagian yang ditebing menolong rakan2 untuk naik semula, manakala sebahagian yang lain hanya berpeluk tubuh melihat dari jauh. Lebih menyedihkan apabila yang cuba menyelamatkan juga ditarik jatuh ke dalam arus.

"Ya Rasulullah, aku rindu padamu." Terkadang aku terfikir, adakah aku layak mencetuskan kata-kata itu di bibir, bahkan di hati. Kadang2 aku risau..takut2 apa yang keluar dari rongga mulutku ini hanyalah bualan munafik semata. Aku menjadi saksi kepada rosaknya umatmu ini ya Rasulullah..yang pasti aku akan ditanya dan dipertanggungjawabkan mengenainya. Di setiap putaran jam, aku melihat kemungkaran di sekilingku. Lebih menyedihkan apabila aku melihat diriku sendiri lemah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Aku selalu berharap engkau ada di sini untuk membimbing kami..aku tahu engkau juga selalu berharap begitu. Kerana bila aku menyusuri kehidupan sunnahmu, dapat kurasakan dalamnya cintamu..cintamu yang luarbiasa untuk kami umatmu ini. Dalam setiap sunnahmu engkau titipkan restu dan doa untuk ku. Melalui sunnahmu engkau terus berkata-kata kepadaku, walau kita tidak pernah bertemu. Semoga sunnah2mu terus menjadi pengikat kasih seorang Rasul dan umatnya.

Ya Allah. Aku sedar. Di dunia kini, ada dikalangan hamba2Mu yang semakin hari semakin mendekatiMu, semakin rapat mereka kepadaMu. Ketika sebahagian besar daripada kami sibuk menggagahkan diri mengaut segala kebaikan di dunia ini, sibuk mencari pengiktirafan dalam kalangan sendiri, hamba2Mu itu sibuk mengejar pengiktirafan dariMu. Aku rindu waktu2 yang ku lalui bersendirian denganMu. Aku rindu waktu2 yang berlalu ketika aku menangisi dosa2ku dihadapanMu. Ya Allah, kembalikan aku kepada waktu2 itu..kekalkan aku di situ, sebelum waktuku berlalu. Aku sedar. Aku bukan hamba yang baik kepadaMu. Tetapi hati ini rasa gembira untuk bersama hamba2Mu yang baik. Hati ini senang melihat mereka2 yang tekun mentaati perintahMu. Hati ini menangis gembira bila Engkau mendekatkan mereka kepadaku. Aku ingin jadi seperti mereka. Bolehkah aku ya Allah?

p/s: Sekadar curahan perasaan di petang hari..semoga memberi manfa'at bersama..=)

Monday, July 4, 2011

anak-anak ku

Silap..anak-anak BUAH ku..yang belum sempat ku jumpa. Petanda yang sangat kukuh bahawa aku sudah
boleh kahwin
tua. Lepas ni akan berkumandanglah perkataan "pakcik" di mana-mana..huhu. Don't worry girls..balik ni uncle kasi duit raya suma..dalam USD lagi tu..hehe. Apa kaitan post ni dengan dakwah? Ha..kalau nak diorang ni semua merasa nikmat 'amal agama, kenalah berusaha sekarang supaya agama tak pudar di zaman diorang nanti..kan? =)

AISYAH
HUMAIRA




xXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXx


BATRISYA MIRZA



xXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXx



HANIS NABILA




Hm..kenapa semuanya girls nih? Takde org nak temankan pakcik korang ni sparring lepas ni.


p/s:
Kepada ibu bapa budak2 di atas, minta kebenaran untuk memaparkan gambar anak2 korang yang cute2 ni ye. Tiba2 rasa nak pergi makan kenduri..haha..dah nak balik Malaysia ni mmg macam2!

Sunday, March 27, 2011

missing out

Assalamu'alaikum...

O yeah..GE is showing it's true colors now. Sekarang tengah sibuk buat lab report GE. Hari Jumaat minggu lepas duduk dalam lab dari pagi sampai ke petang sibuk mempurifikasi DNA kali ke-2, sebab lab hari Khamis tu gagal. Lepas dah bertungkus lumus kerja berjam-jam, bila tiba masa melihat results..tahniah, lab perlu dibuat untuk kali ke-3 kerana results turned out not as expected. Yea..2nd trial failed as well. Ada budak-budak ni yang dah buat sampai 3-4 kali pun tak jadi-jadi lagi..kesian. Lagi tensen..tak dapat keluar minggu ni bersama kawan-kawan yang lain untuk beri laluan kepada GE. Sedang diorang sibuk khuruj fi sabilillah aku sibuk dengan kertas-kertas graph. I'm really missing out on what they are gaining..ruginya. Salah sendiri jugak sebab planning tak betul. Hm..harap ada hikmah disebalik kejadian ini. So..harap juga dapat siapkan lab report secepat mungkin, lepas tu siapkan lab notebook, dan lepas tu get ready untuk exam 1 GE minggu depan. =)

Sunday, March 6, 2011

Turkish Society Center

Alhamdulillah..masalah tiket balik Malaysia akhirnya selesai jugak. Terima kasih kepada kakak HSBC yang ramah dan berdedikasi. Nasib baik kali ni tak bergayut dekat setengah jam macam haritu. Memandangkan aku balik lambat sikit kali ni (kerana kerajinan untuk mengambil kelas di waktu Summer), harga tiketnya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan yang tahun lepas. Tapi takpe, family tercinta punya pasal, sanggupkan jugak beli. Lagipun tahun depan dah tahun akhir aku kat sini, jadi kelas-kelas wajib tu kena setelkan secepat mungkinlah. Final year nanti boleh la rilek sikit kot.

***************

Satu jema'ah dari Lackawanna dan Buffalo sedang khuruj 3 hari di ICR. Ada 6 orang dalam jema'ah yang semuanya..masyaallah boleh dikatakan 'otai'. Tiga daripada mereka adalah orang Arab, daripada Yaman rasanya. Semalam lepas 'Asar..aku, Br. Kamran, Br. Gungor (Turkish brother), dan dua orang Arab brothers daripada jema'ah pergi ke Turkish Society Center yang terletak lebih kurang 15-20 minit daripada ICR seperti diputus mesyuarat. Dua orang Arab brothers tu datang dari Lackawanna, sebuah masjid majoriti orang Yaman dekat-dekat dengan Buffalo. Seorang daripadanya ialah president masjid Lackawana sendiri iaitu Br. 'Ali manakala yang seorang lagi tu bilal masjid kalau tak silap. Takde orang pun sewaktu kami sampai dan Imam sampai agak lewat untuk Maghrib. Tapi alhamdulillah beberapa local brothers menyusul tak lama lepas tu. Sementara kami di sini, satu jema'ah lagi di hantar jaulah ke tempat lain dari ICR.

Sejurus sebelum solat Maghrib..sementara tunggu imam tu, Br. 'Ali dan Br. Gungor diutus ke Coffee House (dalam bangunan yang sama) untuk ajak orang-orang kat situ solat Maghrib sekali. Menurut karkuzarinya, sewaktu diorang masuk ke Coffee House berkenaan orang-orang di dalam sibuk bermain kad sambil "minum."
Ada lebih 20 Turkish brothers kat dalam. Br. 'Ali minta mereka masa untuk cakap 2-3 minit..subhanallah..mereka berhenti main kad dan sedia mendengar apa yang nak dicakapkan. Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka bangun dan berkata, "Apa yang kamu nak cakapkan?" Br. 'Ali menjawab; "Apa yang Rasulullah saw telah sampaikan kepada kita." Br. 'Ali mengajak mereka untuk solat Maghrib bersama. Lelaki itu membalas; "Sini bukan tempat keagamaan. Takde ceramah-ceramah. Sila pergi dari sini, kami tak nak dengar." Mendengar jawapan yang kurang menyenangkan tu, Br. Gungor cuba membantu tapi tetap tidak berhasil. Maka diorang berdua terpaksa beredar dengan "Jazakallah khair" sebagai penutup bicara. Selepas solat Maghrib, Br. 'Ali bagi bayan sikit..pastu kitorang duduk mesyuarat sekali dengan imam..membincangkan hal ehwal kawasan tu. Br. 'Ali tekankan betapa pentingnya untuk buat usaha atas mereka-mereka di luar tu. Sekurang-kurangnya perlu ikhtiarkan sesuatu supaya kita terlepas daripada dakwaan di akhirat kelak. Terima atau tidak, itu terpulang kepada Allah yang menentukan. Semoga Allah memberi taufiq kepada kita dan mereka..ameen.

Peristiwa yang lebih kurang sama berlaku sewaktu aku keluar di Syracuse. Masa tu aku, Br. Intikhab, dan seorang brother tempatan keluar jaulah sekitar perumahan orang Bosnia. Kami bagi salam kat satu kumpulan brother ni, mereka jawab salam kami, tapi..mereka sedang main kad dan "minum." Kitorang tanya boleh luangkan masa sikit tak..diorang jawab; "Sorry bang..masa tak sesuai lah, kitorang tengah "minum" ni." Lahaula wala quwwata illa billah. Mereka tahu apa yang mereka buat tu salah di sisi agama, tapi di mata mereka ini adalah seolah-olah perkara kecil. Sedih. Kita sepatutnya menangis mengenangkan mereka. Mereka juga muslim seperti kita, tapi mereka jauh daripada agama..jauh daripada rahmat Allah swt. Sedar atau tidak, di seluruh dunia..saudara-saudara seIslam kita berlumba-lumba lari daripada agama..berlumba-lumba menuju Jahannam. Siapa yang akan menyelamatkan mereka? Siapa yang akan datang kepada mereka dan beritahu dengan rasa hormat dan kasih sayang; "Wahai saudaraku, kamu ada kalimah yang berharga dalam dada kamu iaitu lailahaillallah muhammadurrasullah. Seorang muslim itu darjatnya tinggi di sisi Allah dan sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya." Hari ini jika rumah jiran kita terbakar, kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu padamkan api. Tapi ini api Jahannam yang kita perkatakan..yang berpuluh kali lebih panas daripada api dunia.

Umat Islam perlu bergerak untuk usaha ini.
Bergerak dan lihat keadaan orang-orang Islam hari ini..jika tidak, kita tidak akan dapat merasa fikir risau Nabi untuk umat ini..fikir risau yang Baginda bawa hingga ke akhir hayat Baginda saw. Teringat seorang brother ni cakap; "Sesungguhnya orang-orang bukan Islam bukan nak dengar ceramah yang hebat-hebat daripada kita tentang Islam, tapi mereka mahu lihat umat Islam bergerak..bergerak dengan membawa agama..dari situ mereka akan nampak indahyna Islam." Bagaimana mungkin mereka boleh mencari Islam melalui kita jika Islam itu sendiri telah hilang daripada hidup orang-orang Islam...

Kitorang balik ke ICR selepas solat Isyak, dalam pukul 8 malam lebih kurang. Br. Kamran turunkan aku kat ICR manakala dia terpaksa bergegas ke tempat lain..ada jemputan dinner katanya. Lupa nak cerita pasal Br. Kamran. Br. Kamran ni ialah seorang hafiz Quran..merangkap seorang software engineer dari Pakistan. Dia selesaikan Master's degree di Jerman sebelum datang bekerja di sebuah syarikat di Rochester ni..impressive kan? Dalam perjalanan dia order dua extra-large pizza..memandangkan jema'ah ada jemput beberapa budak malaysia lain untuk makan sekali lepas Isyak. Tapi dalam ramai-ramai tu hanya Izani yang dapat datang. Jadi kami empat orang Malaysians makan malam bersama jema'ah malam tu sambil sembang-sembang. Alhamdulillah..Izani ada niat untuk keluar jema'ah dalam waktu terdekat ni. Kawan-kawan aku dua orang tu pun ada niat keluar 40 hari di Malaysia cuti Summer ni, doa-doakan la supaya diterima.


P/S: Jaulah petang ni insyaallah..semangat2! Tulang belakang bagi agama adalah dakwah, tulang belakang bagi dakwah adalah jaulah/ziarah/gash/visitation..dan yang sewaktu dengannya..=)

Sunday, February 20, 2011

quickie

Pejam, celik, celik, pejam..dah habis Winter quarter. Memang bagus sistem Quarter nih nak dibandingkan sistem Semester, swift jer..budak-budak tak sempat nak malas dah habis. Tapi kes aku lain sikit, aku tak sempat nak rajin quarter dah habis..hehe. 3 finals minggu depan, lepas tu insyaallah nak setelkan masalah tiket yang dah terbengkalai, kalau tak Nadzmi balik sorang-sorang la jawabnyer. Risau pulak nanti kalau dia di apa-apakan..haha. Nadzmi ni dah jadi housemate aku sejak aku mula-mula masuk INTEC dulu, sebelum aku kenal usaha ni, dah 4 tahun pun. Memang kamcing, dia tau perangai aku aku tau perangai dia. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan kawan-kawan aku yang lain. ameen.

Sedikit update usaha tempatan, hujung minggu ini, bersamaan sekarang, beberapa brother keluar ke Buffalo dalam jema'ah masthurat, atau dalam bahasa inggerisnya, ladies effort. Jadi brother2 yang dah kahwin and ade family tu jela yang pergi, yang belum kahwin tu kenalah tinggal kan..(kesian) Lagipun kitorang nak kena bersedia untuk final exams ni. Aku pun tak berapa nak faham usaha masthurat ni macam maner, tapi yang aku tau usaha ni memang sangat-sangat halus dan sensitif, yelah melibatkan kaum perempuan kan. Time mesyuarat halaqah beberapa minggu lepas ade jugak bincang pasal usaha masthurat. Time tu ada sorang brother bacakan tertib yang dikirimkan terus dari Nizamuddin. Kitorang ni dengar-dengar macam tu je lah, maklumlah belum berkelayakan..segan pulak nak bersemangat sangat..=) Tapi rumusan yang aku ingat dari mesyuarat, bukan semua couple layak untuk keluar jema'ah masthurat..banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum satu pasangan ni boleh dikatakan layak keluar jema'ah masthurat. Tu jelah yang aku tau, bagi sesiapa yang lebih tahu dialu-alukan untuk tambah.

Itu je kot. Tak boleh panjang2 sebab nanti tak jadi "quickie" dah. Bagi sesiapa yang tengah bertungkus lumus baca buku atau powerpoint slides tu, selamat membaca ye. Assalamualaikum.

Wednesday, January 26, 2011

ada apa dengan janggut?

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal janggut. Dulu bila tengok orang berjanggut mesti rasa pelik, hairan, khuatir, dan apa-apa perasaan yang sewaktu dengannya. Bila dah berjanggut, orang selalu tanya, "Kenapa kena simpan janggut?" "Kalau tak simpan tak boleh ke?" Hm..macam mana nak jawab tu. Aku tidak mahu menyentuh masalah hukum, kerana aku bukanlah seorang 'alim yang boleh mengeluarkan hukum. Jadi mari kita lihat ini dari sisi yang lain. Inilah iman. Inilah yakin. Umat hari ini telah hilang keyakinan dengan sunnah. Telah hilang cinta kepada sunnah. Sedangkan hanya dengan mengikuti sunnah-sunnah Baginda saw sahajalah kejayaan dunia dan akhirat dapat diperoleh. Sekecil mana pun sunnah, di dalamnya ada kejayaan.

Allah swt tidak meletakkan "Muhammadurrasullullah" selepas "Lailahaillallah" sebagai perhiasan, kerana suka-suka. Ada maksud yang perlu difaham disebalik ini. Baginda saw ialah manusia yang paling dicintai Allah, kekasih Allah. Jadi, jika kita melakukan sesuatu yang dilakukan oleh kekasih Allah, apakah yang akan kita peroleh? Baginda tidak melakukan sesuatu mengikut nafsu, segala yang baginda lakukan datangnya daripada Allah, untuk mendapat redha Allah. Jadi wajarkan soalan "Kenapa?" di sini? Kita terlalu banyak berdalih bila berbicara soal agama. Apabila sesuatu itu datang daripada Allah dan Rasul-Nya, kita tidak tanya "Kenapa?" tetapi kita dengar dan taat. Inilah sifat para sahabat yang perlu kita usahakan dalam diri kita insyaallah. Jadi, sejauh mana kita dapat bawa sunnah dalam hidup, sejauh itulah bantuan Allah swt akan datang dalam kehidupan kita. Hari ini kerana jahil, kita remehkan sunnah. Kerana jahil, kita kata sunnah dah tak relevan, tak praktikal. Nauzubillah min zalik.

Betul, dakwah adalah cinta. Melalui dakwah aku bercinta. Bercinta dengan ayat-ayat Allah, bercinta dengan sunnah-sunnah Rasulullah. Di medan ini aku menyuburkan cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Bila hati dah cinta, segala daya dicurah untuk menyuburkan cinta. Segala susah sanggup ditempuh. Tak kisah jika yang lain membenci, asalkan yang dicinta mencintai. (Wah2..) Bila iman dah diusahakan, barulah nampak indahnya sunnah, bukan dengan mata tapi dengan hati. Kalau dulu gelisah sebab janggut kelihatan sekarang gelisah sebab janggut tak panjang-panjang. Siap jeles lagi tengok orang-orang lain yang berjanggut lebat tu. Bila iman diusahakan, datangnya kemanisan 'amal. Macam mana kemanisan 'amal tu? Tak boleh nak digambar dengan kata-kata, hanya boleh dirasa. Durian tu sedap. Sedap macam mana? Ntah. Kena la rasa sendiri. Bila yakin (iman) atas sunnah diusahakan, akan timbul rasa seronok untuk amal sunnah. Tak perlu suruh pun akan buat. Kerana iman menolak kepada amal. Adakah kita perlu disuruh, dipaksa untuk membuat orang yang dicinta gembira?

Tanda kecintaan kepada Rasulullah saw bukanlah dengan membawa sepanduk dan berdemonstrasi di jalan bila baginda dihina di dada-dada media. Wallahi. Baginda sudah puas merasa segala jenis hinaan dan cacian. Dan hinaan dan cacian kini tidaklah lebih hebat daripada apa yang Baginda rasakan sendiri. Baginda tidak akan sedih jika seluruh musyrikin menghina dan mencaci baginda, sesedih jika umat Islam yang mendakwa beriman kepada baginda itu sendiri yang meninggalkan baginda, tidak mahu beramal dengan sunnah baginda, malah memperlekeh sunnah baginda. Tanda kecintaan kepada Rasulullah adalah dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Dan yang terbesar antara sunnah-sunnah itu adalah dakwah illallah, yang kerananya Baginda dihantar ke muka bumi ini. Apabila kita ambil dakwah, yang lain akan datang dalam diri kita sedikit demi sedikit insyaallah.

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: "Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu!" Kemudian beliau menyambung pula: "Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga!" (Tarmidzi) Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid." (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: "Baginya pahala orang yang mati syahid." (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Wallahua'lam

p/s: Semoga Allah swt memberi kita kekuatan untuk belajar-belajar amalkan sunnah. Say ameen! =)

Thursday, January 20, 2011

ujian

Assalamu'alaikum

Ehem..ehem..dah lama tak menulis dalam Bahasa Melayu, tiba-tiba rasa patriotik pulak malam ni. Perkembangan terbaru, minggu ni jemaa'ah ICR akan keluar ke Buffalo, seperti yang diputuskan oleh 'amir sab bulanan (Mael). Menurut rancangan asal, kitorang sepatutnya keluar ke Syracuse. Tapi memandangkan ada beberapa orang brother baru yang ikut kali ni, adalah lebih sesuai untuk kami keluar ke Buffalo memandangkan suasana di markaz yang sangatlah memberi kesan kepada hati. Lagipun dapur di masjid Syracuse tak boleh digunakan. Semua ni supaya brother-brother baru ni rasa selesa keluar untuk kali pertama, dan akan keluar lagi di masa-masa akan datang insyaallah. Br. Kamran tak pasti sama ada dia akan ikut ke tak. Kalau dia jadi ikut, maka dialah yang akan menyandang tugas sebagai 'amir kitorang untuk khuruj kali ni. Kalau tak, Mael la yang kena ambik tanggung jawab tu. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Yang sedikit membimbangkan aku adalah exam Plant Biotech minggu depan, hari Isnin pulak tu. Untuk students yang ada exam, memang tak digalakkan keluar kalau ikut tertib. Pelajaran sentiasa diberikan keutamaan, takut-takut mengundang fitnah pada usaha ni kan kalau results teruk nanti. Bak kata elders, dai'e ni sepatutnya at the top in their studies. (Haha..sedang diusahakan.) Walaubagaimanapun, aku nak keluar jugak. Jadi penyelesaiannya kena mula belajar awal lah. Kalau kena bawak notes skali pun takpe kot. Otak ni dah hari-hari diisi, hati pun nak kena isi jugak tak gitu. Jadi saudara-saudari seIslam ku sekalian, doakan kami semua supaya semuanya baik-baik belaka ye. Jazakallah Khair.

p/s: Mari memartabatkan Bahasa Melayu...dan mari belajar. (-_-")

Wednesday, December 8, 2010

adam...

Another fruitful result of a random blogwalking I guess. This one hits me hard on the head. =)


***************
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya, kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Bukti cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehingga pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi 4 orang dalam satu masa.

Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah aku ketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana di dalam Al-Quran telah menyatakan yang engku diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi kepada kaumku?

Kini, aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan, dipasar, di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa, aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Tetapi realitinya kini, aku lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu, guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu padaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, jika anak jahat maka emak bapak tidak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa, kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mangata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad saw? Adakah rujukanmu Muhammad saw? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contah buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak, disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.

Credit: Original source

Thursday, December 2, 2010

dakwah dan cinta

I did some blogwalking a while back and ran into this nice wordwork. But..it's in Indonesian. Well, I guess it's time to put those hours spent on watching Sinetron to use! =)

***************

Katakanlah, Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashirah, aku dan
pengikut-pengikutku. Mahasuci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik.
Jalan dakwah panjang terbentang jauh kedepan
duri dan batu selalu mengganjal, lembah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Ridho Allah
CINTA ADALAH SUMBERNYA, HATI DAN JIWA ADALAH RUMAHNYA
PERGILAH KE HATI-HATI
MANUSIA, AJAKLAH KE JALAN RABBMU
Nikmati perjalannya, berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu, itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam, risalah anbiya' dan warisan ulama'
Hendaklah engkau fanatis dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu'bah di hadapan Rustum panglima Kisra
Jika engkau CINTA, maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti kata abul anbiya, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta
Berikanlah hatimu untuk Dia, katakanlah Allahu Ghayatuna
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah AMAL
Membangun kejayaan umat kapan saja, di mana saja berada
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan.
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan
AL ISLAH WA TAGHYIR
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai KEJAYAAN
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan RasulNya, Al-Quran dan sunnahnya
Serta orang-orang bertaqwa yang tertata. Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TADHIYAH
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta. Bersedialah banyak kehilangan
dan sedikit menerima
KARENA YANG DI SISI ALLAH LEBIH MULIA...SEDANG DI SISIMU FANA BELAKA
Sedangkan setiap tetes keringat berpahala berlipat ganda
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TSABAT
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan. Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN DENGAN KAKI TAK TERGOYAHKAN
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai suatu tujuan
Padukanlah seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini
ENGKAU DA'I SEBELUM APAPUN ADANYA ENGKAU
Dakwah tugas utamamu sedangkan lainnya selingan
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TSIQOH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujuran
KARENA INILAH KAFILAH KEBENARAN YANG PENUH BERKAH
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalan dalam nilai-nilai persaudaraan. Bersaudaralah dengan
muslimin sedunia, umumnya mukmin mujahidin
LAPANG DADA syarat terendahnya, ITSAR bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui, menghimpun hati-hati para da'i dalam cintaNya
berjumpa karena taat kepadaNya
MELEBUR SATU DALAM DAKWAH KE JALAN ALLAH, SALING BERJANJI UNTUK
MENOLONG SYARI'ATNYA

original source: umuazzam.multiply.com

Friday, November 12, 2010

penat

Ya Allah. Penat giler harini. Inilah akibat suka menangguh kerja, badan sendiri yang sakit. Cell Phys Report yang sepatutnya mengambil masa seminggu untuk siap (dengan berkualiti) disiapkan dalam hanya satu hari. Tak sampai pun sebnanye. Bila fikir pulak pasal Genomics lagi lah tambah pening. Harap semua berjalan lancar. Minggu last ni rase lame semacam je. Seperti orang-orang lain di RIT, aku pun dah tak sabar nak cuti. Tapi bila dah cuti tak tau nak buat ape pulak. Minggu depan minggu kitorang keluar 3 hari. Bagus pun, bulan lepas dah burn khuruj pasal exam. Harap kali ni semua berjalan lancar dan rapi. This week has been rough. But I can still manage a smile..=) (see?)

Salam.

Saturday, October 30, 2010

Br. Irfan dah balik!

Assalamualaikum

Baru balik dari masjid (Islamic Center of Rochester, ICR) Satu jemaah dari Lackawanna, Buffalo tengah khuruj 3 hari kat sini. Tapi esok diorang semua dah nak balik, lepas 'Asar menurut amir sab. Amir sab jemaah ni ialah Pakistani brother yang bagi bayan (ceramah) semasa malam markaz di Buffalo minggu lepas. Jemaah ni terdiri daripada enam orang (kalau tak silap kira), yang beberapa orang daripadanya aku kenali dengan wajah, tetapi tidak dengan nama. Ada dua orang Arab brothers dalam jemaah ni.

Berita baik! Setelah agak lama menghilang, kelibat Br. Irfan muncul semula. Br. Irfan ialah seorang pelajar PhD dalam bidang Fizik di University of Rochester, UofR (adik sepupu RIT) dari India, merangkap teman seusaha dakwah kami di sini, di Rochester. Br. Irfan pulang ke India beberapa bulan untuk menyempurnakan separuh agamanya (kahwin!) Jadi tidak hairan lah wajah beliau kelihatan lebih berseri-seri, tambah menyerlah dengan baju kurta putih berkilauan yang dipakainya. Hm..bilalah giliran kitorang ni agaknya. Buat masa ni Br. Irfan masih sibuk uruskan kerja-kerja PhD nya yang tertangguh, dan juga kediaman barunya. Lepas Isyak tadi duduk dalam ta'alim sekali dengan jemaah. Br. Abdul Rauf 'dilantik' oleh Br. Sulaiman untuk baca kitab Fazaiel Amal.

Lepas ta'alim sembang sikit dengan Br. Irfan. Kitorang ceritakan keadaan kitorang yang dah tak keruan ni, lebih-lebih lagi semenjak pemergian Br. Kamran yang balik bercuti ke Pakistan untuk beberapa minggu. Sangat lemah nak buat usaha. Pergi masjid pun on-off, ini kan nak duduk ta'alim, jauh sekali duduk mesyuarat. Tambah-tambah dengan time-shifting yang semakin rancak ni (Ish2..salahkan waktu pulak.) Aku cakap kat Br. Irfan; "Br. Irfan, we are falling apart. I think we need to regroup now." Tengah kami berbual, amir sab jemaah Lackawanna mencelah. Seolah-olah mengerti apa yang sedang belaku, beliau memberi nasihat; "Everything is changing around us. Time is always changing. We never know tomorrow might be good or bad. But no matter what this effort has to go on." (Selanjutnya adalah dalam Urdu yang tidak dapat kutafsirkan maksudnya.) Kami setuju untuk buat "quick ziarah" esok lepas Zohor ke rumah Br. Talhah, pelajar Master's di UofR yang juga tinggal di Rustic Village.

May Allah make it easy for us!

Sewaktu nak keluar masjid, aku sempat usik Br. Irfan; "Br. Irfan, it seems like you've gained some weight!" Br. Irfan menjawab selamba; "Haha..ya..I know, I know."

Wassalam

Monday, October 11, 2010

rindumu ya Rasul Allah

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar ra. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah berdera rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-geleng kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda saw bersuara;

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

.....

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah saw menceritakan tentang keimanan "ikhwan" baginda; "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para Nabi."

"Bagaimana para Nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka, mereka ialah umatku, yang hidup selepasku. Mereka membaca al-Quran dan beriman denga semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah saw.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah saw. Baginda bersabda, "Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali." (HR Muslim)

Credit to mujaheed

p/s: May Allah swt give us strength to qualify as his "ikhwan." Ameen.

Tuesday, October 5, 2010

Lackawanna, Buffalo

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah di putuskan dalam mesyuarat. Aku, Karkun 1 & Karkun 2 kuar minggu ni (minggu ke-3 bulan 9) ke Masjid al-Huda di Lackawanna, sebuah bandar kecil dekat dgn Buffalo. Turut serta Br. Intikhab, anaknye Uthban, & anak sedarenya Ammar. Jadi sumenye 5 org utk jamaah Rochester dari ICR. Kami berempat (x t'masuk Karkun 2) gerak petang tu jugak lepas Asar. Karkun 2 datang esoknye sebab de kene keje pagi tu.
So ktorg b'gerak nek minivan Br. Intikhab. Aku dok depan, sembang dgn Br. Intikhab utk pastikan de tak tertido. Tp x jauh pn, just 1 hr drive. Kitorg benti kat Markaz Buffalo dulu, Solat Maghrib dan Isyak kat sana. Sempat la dgr bayan maghrib. Time ni kitorg diberitahu yg jamaah 10 hari buffalo dah ade kat Lackawanna pun. So lepas Isyak terus gerak ke masjid al-huda utk merge dgn jamaah di sana. Sampai2 dorg tgh get ready nak tido. Tp brother sorg ni sempat lg buatkan 'cai' (teh) utk ktorg. Tenkiu2..

Jamaah Buffalo; Kebanyakannye budak2 hafiz, madrasah mane aku tak ingat. Aku kenal Maulana Abdul Muqeet sorg je pn. Yg lain x kenal nama, tp muka dorg mmg familiar kat markaz. Aku ade sembang dengan sorg hafiz dari Bangladesh nih. Br. Zahin kalau x silap. Aku luahkan perasaan kt dia yg betapa aku nak jadi mcm dia (blaja kat madrasah & all that) dan betapa beruntungnya dia. Dia jawab, Allah swt dah tetapkan jalan hidup kita masing2. Orang Islam diperlukan dalam semua bidang, tak semestinya semua perlu ke madrasah. Kamu semua ni bagus, bukan, hebat sebenarnya sebab dapat bawa agama sebagai pelajar kolej. Tak kisah la di mana pun kita, asalkan bawa agama, Allah swt akan reward accordingly. Mendengar jawapan dia, aku rasa sangat bersyukur. Tq bro! That was enlightening.This is all because of the Mercy of Allah Who has bestowed upon us this effort of prophethood. =)

Sepanjang kuar, sempat lah dengar beberapa siri bayan daripada Maulana Abdul Muqeet. Salah satu nye aku masih ingat time dia bagi takril (after-Asr talk) Maulana ade cakap pasal satu hadith ni; "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." Untuk terangkan hadith ni, Maulana citer lebih kurang; Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah ke empat Ali ra, time tu Saidina Ali sedang menceritakan hadith ini kepada para sahabat yang lain r.hum. Mendengar apa yg dikatakan Saidina Ali, sorg Jew dengan pakaian yg compang camping dtg & berkata; "Kamu bohong. Kamu cakap dunia adalah penjara bagi orang islam dan syurga bagi orang kafir. Tapi lihat lah keadaan kamu sekarang dan lihat lah keadaan aku. Bagaimana kamu boleh yakin kan aku yang kamu berkata benar?" (Time ni adalah zmn kegemilangan Islam so para sahabat ajma'in hidup dalam kesenangan.) Maka para sahabat yg lain rasa tak puas hati dengan pertanyaan yang kurang sopan itu. Saidina Ali tenangkan keadaan dan menjawab soalan tersebut; Seorang muslim, hidup sebagai raja, menguasai sebesar2 kerajaan, segala keinginannya di dunia ini dipenuhi, hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah, tidak pernah rasa penat, tak penah bekerja berat; Apabila dia dimasukkan kedalam syurga, Allah swt bertanya; "Adakah kamu mahu balik ke 'syurga' (dunia) kamu itu?" Dan dia akan menjawab; "Ampun Ya Allah. Engkau telah menganugerahkan aku dengan syurga yang tersangat nikmat, mana mungkin aku mahu kembali ke tempat yang teruk itu?" Manakala seorang kafir, hidup di dunia ini sebagai hamba, hidupnya dalam kepayahan dan penderitaan, tak pernah sikit pun rasa senang, menderita sakit yang dahsyat, walau seluruh badannya dikerat2 dan garam serta serbuk cili ditaburkan ke atas luka2 tersebut; Apabila dia dimasukkan ke neraka dia akan memohon kepada Allah swt; "Ya, Allah, kembalikan aku ke 'syurga' ku! (keadaan hidupnya di dunia) Kembalikan aku ke 'syurga' ku!" Mendengar jawapan Saidina Ali itu, orang Jew tadi memeluk Islam.

Pengajaran:
1) Syurga sangat nikmat sehinggakan seluruh kesenangan didunia ini jika dikumpulkan, tidak akan dapat menandingi nikmatnya syurga.
2) Neraka sangat azab sehinggakan sehebat2 kepayahan & kesengsaraan di dunia ini tidak dapat menandingi dahsyatnya azab neraka.
3) Betapa bernilainya Laailahaillallah. Kalimah tauhid ini membezakan penghuni syurga dgn penghuni neraka.

Semoga Allah swt selamatkan kita, ahli keluarga kita, dan seluruh umat dari azab yang pedih. Amiin!

Wallahua'lam