Foreword

Assalamu'alaikum. Welcome to this plain, mediocrely designed hut of mine. I love to write, and this is where I write. Things that I write, there might be mistakes in them. I seek refuge in Allah swt for me and you from the harm my writing may bring. Any good from it, may He swt reward me for that and spread the good to others. Any words that appear displeasing to you, don't take it to heart for I don't intend to hurt anyone in any way. Any advices I put forward, may Allah swt give me the taufiq to first act upon them, for they might testify against me in the hereafter. Jazakallah Khair.

Sunday, September 18, 2011

munafikkah aku?

Terasa diri ini sangat lemah..bukan pada badan tapi pada hati dan rohani, pada iman. Inilah kesan berjauhan dari suasana agama. Iman itu tiada jaminan, iman itu tidak tetap. Tidak seperti iman para Anbia' yang sentiasa meningkat, tidak juga seperti iman malaikat yang tidak naik dan turun. Tidak seperti iman para sahabat ajma'in yang menggunung teguh. Inilah iman seorang umat akhir zaman, senipis dan serapuh kulit bawang. Iman yang dicelup dalam noda dan kerosakan dunia. Iman itu bertindakbalas dengan suasana. Bila iman diletakkan dalam suasana yang betul, iman akan subur..tapi bila iman diletakkan di tempat sebaliknya, iman boleh layu..rosak. Sedangkan hazrat Hanzalah ra mengatakan dirinya munafik, bila resah gelisahnya di hadapan Rasulullah bertukar gelak tawa di rumah. Dan Abu Bakar ra sendiri mengiyakan keraguan Hanzalah ra, meragui iman mereka. Langsung mereka bertemu kekasih mereka Rasulullah untuk mendapatkan jawapan.

Baginda SAW bersabda, "Demi zat dan jiwa dalam genggamanNya, sekiranya setiap waktu keadaan kamu sama seperti ketika berada di hadapanku maka para malaikat akan bersalaman dengan kamu walaupun di atas hamparan tidur dan sewaktu dalam perjalanan. Walaubagaimanapun, wahai Hanzalah, keadaan itu jarang-jarang berlaku." (Ihya' 'Ulumuddin & Muslim)

Dan siapalah kita dibanding mereka? Dapatkah kita merasa syurga dan neraka terpampang di hadapan mata? Mampukah kita berkata "Aku telah berpaling daripada dunia."? Tetapi masih lagi kita yakin dengan iman kita. Yakin bahawa iman ini sudah cukup ampuh untuk melayakkan kita ke syurga. Yakin bahawa dengan iman ini kita mampu goyang kaki di 'sana'. Kita umat terpilih. Sedang para Nabi mengharap untuk menjadi sebahagian umat bertuah ini, kita di sini tanpa meminta-minta. Inilah umat yang didahulukan syurga daripada yang lain, umat yang dibalas berganda untuk 'amal yang sedikit. Tapi lihatlah kini, lihat dengan bersungguh2, adakah masih kelihatan 'tuah' itu di kalangan kita. Kerosakan umat sudah terlalu hebat di akhir zaman ini. Ramai yang telah hanyut dibawa arus. Ramai juga yang terkial-kial berpaut pada akar2 kayu. Sebahagian yang ditebing menolong rakan2 untuk naik semula, manakala sebahagian yang lain hanya berpeluk tubuh melihat dari jauh. Lebih menyedihkan apabila yang cuba menyelamatkan juga ditarik jatuh ke dalam arus.

"Ya Rasulullah, aku rindu padamu." Terkadang aku terfikir, adakah aku layak mencetuskan kata-kata itu di bibir, bahkan di hati. Kadang2 aku risau..takut2 apa yang keluar dari rongga mulutku ini hanyalah bualan munafik semata. Aku menjadi saksi kepada rosaknya umatmu ini ya Rasulullah..yang pasti aku akan ditanya dan dipertanggungjawabkan mengenainya. Di setiap putaran jam, aku melihat kemungkaran di sekilingku. Lebih menyedihkan apabila aku melihat diriku sendiri lemah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Aku selalu berharap engkau ada di sini untuk membimbing kami..aku tahu engkau juga selalu berharap begitu. Kerana bila aku menyusuri kehidupan sunnahmu, dapat kurasakan dalamnya cintamu..cintamu yang luarbiasa untuk kami umatmu ini. Dalam setiap sunnahmu engkau titipkan restu dan doa untuk ku. Melalui sunnahmu engkau terus berkata-kata kepadaku, walau kita tidak pernah bertemu. Semoga sunnah2mu terus menjadi pengikat kasih seorang Rasul dan umatnya.

Ya Allah. Aku sedar. Di dunia kini, ada dikalangan hamba2Mu yang semakin hari semakin mendekatiMu, semakin rapat mereka kepadaMu. Ketika sebahagian besar daripada kami sibuk menggagahkan diri mengaut segala kebaikan di dunia ini, sibuk mencari pengiktirafan dalam kalangan sendiri, hamba2Mu itu sibuk mengejar pengiktirafan dariMu. Aku rindu waktu2 yang ku lalui bersendirian denganMu. Aku rindu waktu2 yang berlalu ketika aku menangisi dosa2ku dihadapanMu. Ya Allah, kembalikan aku kepada waktu2 itu..kekalkan aku di situ, sebelum waktuku berlalu. Aku sedar. Aku bukan hamba yang baik kepadaMu. Tetapi hati ini rasa gembira untuk bersama hamba2Mu yang baik. Hati ini senang melihat mereka2 yang tekun mentaati perintahMu. Hati ini menangis gembira bila Engkau mendekatkan mereka kepadaku. Aku ingin jadi seperti mereka. Bolehkah aku ya Allah?

p/s: Sekadar curahan perasaan di petang hari..semoga memberi manfa'at bersama..=)