At last, I managed to find an opening in my (konon2nya) tight schedule to write this post. So minggu lepas, seperti yg dah dimaklumkan, kami keluar ke sebuah masjid majoriti orang Yaman di Lackawanna. We started out with 7 people from Rochester: Br. Intikhab, Br. Kamran, Ibrahim, Ammar, Zakaria, Wae, & me. Semua sumbat dalam minivan Br. Intikhab, merangkap driver & 'amir jemaah. Kitorang x pergi masjid Lackawanna terus, tapi singgah markaz Buffalo dulu utk solat Maghrib & Isya'. Masuk2 markaz seronok nampak Maulana Abdul Muqeet. Maulana baru balik dari Bangladesh..dgr citer lepas dari ijtima'a Tongi (21-24 Januari lepas) maulana sempat keluar sebelum balik lagi ke Buffalo ni. Lepas Maghrib lagi tambah seronok sebab maulana yang bagi bayan. Aku memang dengar dgn khusyuk & tawaduk..biasa la, bayan maulana ni 'aura' dia lain sikit daripada bayan2 biasa kan. Tapi kalau dengar bayan Syeikh Hasan daripada Jordan kat ijtima' Boston haritu..subhanallah, memang cair. Allah swt kurniakan syeikh dengan 'ilmu malah kepetahan kata2 untuk sampaikan 'ilmu sebaiknya.
Ni antara gambar2 dari Ijtima' Tongi 2010 yg sempat di copy & paste (boleh klik utk besarkan);
Tengok berapa ramai umat Muhammad yang berkumpul kat situ..dgr citer mencecah jutaan orang yang hadir. Hm..ni baru ijtima' kat dunia kan..kalau ijtima' akhirat yang kat Mahsyar esok wallahua'lam mcm mana sesak & ramainya. Time tu bukan setakat seluruh umat Muhammad saw, semua umat dari Nabi Adam as sampai lah kita yang last ni akan membanjiri Mahsyar.
Lepas makan malam kitorang terus gerak ke destinasi khuruj. Beberapa students join jemaah ni dari markaz Buffalo. Jemaah ni boleh kira besar jugak..at one point tu ada sampai 18 orang dalam jemaah kitorang yang semuanya students (kecuali Br. Kamran & Br. Intikhab lah). Kali ni ahli2 jemaah datang dari berbagai nationalities...
Pakistan
Turki
Yaman
Kenya
Bangladesh
Somalia
Burma
tanda umat Muhammad saw itu adalah satu! =) Subhanallah..betapa hebatnya Allah swt. Kami yang datang dari bebeza benua dan negara, yang tak pernah terfikir pun nak jumpa sebelum ni, dipertemukan Allah ditempat yang paling mulia di muka bumi ni..Kerana apa? Semata2 kerana agama-Nya insyaAllah..kerana usaha atas iman kami disatukan, bukan sebab keperluan atau kepentingan dunia. Kami dalam jemaah seolah2 adik-beradik yang dah terpisah lama dan bertemu kembali..despite of diferences in appearance, we all have common 'denominator' (bak kata Br. Kamran) iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...ikatan sesama Muslim yang akan kekal sampai akhirat kelak insyaAllah. Hanya dengan kembali kepada kalimah inilah umat Islam dapat disatukan seluruhnya. Hari ini pelbagai cara, ikhtiar, plan, idea dikerah utk menyatukan umat Islam..tapi tidak juga menampakkan hasil. Kenapa agaknya? Mungkin kerana kita bermula dgn perbezaan, bukan dengan persamaan..sedangkan kita tahu kita umat Islam ada satu persamaan yg x mungkin dpt dinafikan oleh sesiapa pun..iaitu kalimah di atas.
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟
Maka Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu" (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Semoga Allah swt masukkan kita semua dalam golongan tersebut..ameen. Kesimpulannya khuruj kali ni mmg best (semua khuruj pn best!) sbb dapat kenal brother2 dari Kenya. Walaupun mereka tinggal sebagai pelarian kat sini, diorang memang kelakar & sentiasa ceria, sekaligus membuatkan jemaah kitorang pun happy. Looking forward to spending time with other brothers from more other nationalities..lets experience the colors of this ummah. =)