Foreword

Assalamu'alaikum. Welcome to this plain, mediocrely designed hut of mine. I love to write, and this is where I write. Things that I write, there might be mistakes in them. I seek refuge in Allah swt for me and you from the harm my writing may bring. Any good from it, may He swt reward me for that and spread the good to others. Any words that appear displeasing to you, don't take it to heart for I don't intend to hurt anyone in any way. Any advices I put forward, may Allah swt give me the taufiq to first act upon them, for they might testify against me in the hereafter. Jazakallah Khair.

Wednesday, January 26, 2011

ada apa dengan janggut?

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal janggut. Dulu bila tengok orang berjanggut mesti rasa pelik, hairan, khuatir, dan apa-apa perasaan yang sewaktu dengannya. Bila dah berjanggut, orang selalu tanya, "Kenapa kena simpan janggut?" "Kalau tak simpan tak boleh ke?" Hm..macam mana nak jawab tu. Aku tidak mahu menyentuh masalah hukum, kerana aku bukanlah seorang 'alim yang boleh mengeluarkan hukum. Jadi mari kita lihat ini dari sisi yang lain. Inilah iman. Inilah yakin. Umat hari ini telah hilang keyakinan dengan sunnah. Telah hilang cinta kepada sunnah. Sedangkan hanya dengan mengikuti sunnah-sunnah Baginda saw sahajalah kejayaan dunia dan akhirat dapat diperoleh. Sekecil mana pun sunnah, di dalamnya ada kejayaan.

Allah swt tidak meletakkan "Muhammadurrasullullah" selepas "Lailahaillallah" sebagai perhiasan, kerana suka-suka. Ada maksud yang perlu difaham disebalik ini. Baginda saw ialah manusia yang paling dicintai Allah, kekasih Allah. Jadi, jika kita melakukan sesuatu yang dilakukan oleh kekasih Allah, apakah yang akan kita peroleh? Baginda tidak melakukan sesuatu mengikut nafsu, segala yang baginda lakukan datangnya daripada Allah, untuk mendapat redha Allah. Jadi wajarkan soalan "Kenapa?" di sini? Kita terlalu banyak berdalih bila berbicara soal agama. Apabila sesuatu itu datang daripada Allah dan Rasul-Nya, kita tidak tanya "Kenapa?" tetapi kita dengar dan taat. Inilah sifat para sahabat yang perlu kita usahakan dalam diri kita insyaallah. Jadi, sejauh mana kita dapat bawa sunnah dalam hidup, sejauh itulah bantuan Allah swt akan datang dalam kehidupan kita. Hari ini kerana jahil, kita remehkan sunnah. Kerana jahil, kita kata sunnah dah tak relevan, tak praktikal. Nauzubillah min zalik.

Betul, dakwah adalah cinta. Melalui dakwah aku bercinta. Bercinta dengan ayat-ayat Allah, bercinta dengan sunnah-sunnah Rasulullah. Di medan ini aku menyuburkan cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Bila hati dah cinta, segala daya dicurah untuk menyuburkan cinta. Segala susah sanggup ditempuh. Tak kisah jika yang lain membenci, asalkan yang dicinta mencintai. (Wah2..) Bila iman dah diusahakan, barulah nampak indahnya sunnah, bukan dengan mata tapi dengan hati. Kalau dulu gelisah sebab janggut kelihatan sekarang gelisah sebab janggut tak panjang-panjang. Siap jeles lagi tengok orang-orang lain yang berjanggut lebat tu. Bila iman diusahakan, datangnya kemanisan 'amal. Macam mana kemanisan 'amal tu? Tak boleh nak digambar dengan kata-kata, hanya boleh dirasa. Durian tu sedap. Sedap macam mana? Ntah. Kena la rasa sendiri. Bila yakin (iman) atas sunnah diusahakan, akan timbul rasa seronok untuk amal sunnah. Tak perlu suruh pun akan buat. Kerana iman menolak kepada amal. Adakah kita perlu disuruh, dipaksa untuk membuat orang yang dicinta gembira?

Tanda kecintaan kepada Rasulullah saw bukanlah dengan membawa sepanduk dan berdemonstrasi di jalan bila baginda dihina di dada-dada media. Wallahi. Baginda sudah puas merasa segala jenis hinaan dan cacian. Dan hinaan dan cacian kini tidaklah lebih hebat daripada apa yang Baginda rasakan sendiri. Baginda tidak akan sedih jika seluruh musyrikin menghina dan mencaci baginda, sesedih jika umat Islam yang mendakwa beriman kepada baginda itu sendiri yang meninggalkan baginda, tidak mahu beramal dengan sunnah baginda, malah memperlekeh sunnah baginda. Tanda kecintaan kepada Rasulullah adalah dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Dan yang terbesar antara sunnah-sunnah itu adalah dakwah illallah, yang kerananya Baginda dihantar ke muka bumi ini. Apabila kita ambil dakwah, yang lain akan datang dalam diri kita sedikit demi sedikit insyaallah.

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: "Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu!" Kemudian beliau menyambung pula: "Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga!" (Tarmidzi) Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid." (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: "Baginya pahala orang yang mati syahid." (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Wallahua'lam

p/s: Semoga Allah swt memberi kita kekuatan untuk belajar-belajar amalkan sunnah. Say ameen! =)